Sunday, 23 December 2012

I Will Go to Mekah for Umrah :')

Assalammualaikum bloggers :)
Hangpa semua sihat ka ? Cek sihat ja , alhamdulillah :')
Hmm post kali ni berkaitan diri aku sendiri , pasal apa ? Ha ni yang nak habaq kat hangpa semua .

Act , sejak beberapa bulan ni , aku sibuk belajar mengenai Umrah :') Err kiranya menghadiri kelas belajar Umrahlah gitu ._. Hmm , korang pelik kan kenapa aku dok sibuk belajar pasal ni ? Hmm , sebenarnya aku akan mengerjakan Umrah tak lama lagi :') Ini semua merupakan persiapan awal agar tak kekok nanti . Alhamdulillah , semuanya berjalan dengan baik buat masa ni . Ok aku pergi Mekah ni bukan seorang diri sebenarnya , aku pergi bersama dengan Atok (perempuan) dan dua orang cousin aku , Abang Fahim dan Asyraf :') . Ha kenapa aku tak mention keluarga aku ? Act , atok aku bawak seorang cucu daripada setiap seorang anak-anaknya . Faham tak ? Err mehlah aku terangkan . Maksudnya macam ni , anak atok aku ada 3 orang , cucunya pulak hanya 7 orang *7 orang ni kecohnya macam 20 orang tau !* Ha firstly , anak atok aku yang sulung a.k.a Maklong aku , ada 3 orang anak iaitu Afiqah Afifah , Muhd Azizi dan Muhd Amal Fahim , ha yang Muhd Amal Fahim nilah atok aku bawak . Ok itu dah sorang . Secondly , anak kedua atok aku a.k.a Mak aku pulak ada 3 orang anak jugak iaitu Muhd Haziq , Siti Aisyah (me) dan Siti Atikah , ha yang Siti Aisyah tuhlah yang atok aku 'sauk' . Ok itu dah dua orang . Lastly , anak bongsu atok aku a.k.a Maksu aku pulak hanya ada seorang anak je iaitu Muhd Asyraf tuhlah , ha dah tinggal dia sorang memang atok aku angkut dialah . Ha kan cukup tuh 3 orang cucu . Act , atok aku nak bawak cucu sulungnya a.k.a Afiqah Afifah tuh ikut , tapi memandangkan kerja sebagai seorang engineer memang tak boleh nak cuti lama . Dah tak dapat yang cucu selung , atok aku nak bawak abang aku pulak . Tapi memandangkan pergi ke sana dalam bulan 2 gitu , abang aku memang tak boleh ikut sebab dalam bulan tuh dia sibuk buat persiapan untuk berangkat ke Jepun untuk sambung belajar kat sana . So , akulah yang dibawaknya :')

Ok cukuplah tuh , tangan aku dah penat nak tekan keyboard ni lagi , lagipun otak aku dah tepu taktau nak karang apa lagi . Hehe xD
Btw , terima kasih sebab sudi baca apa yang aku tulis ni walaupun hanya sekali imbas xD Appreciate it bebe ! Haha xD
Ha korang doakan aku eh supaya aku boleh mengerjakan Umrah dengan sebaik mungkin ;')
Thanks ya ? Muah sikit :* Haha , gatalkan aku ? Just joking ah .
Ok sekian , assalammualaikum .

No comments:

Post a Comment