Saturday 22 March 2014

Busy -.-

*Lap screen*
Hi assalammualaikum bloggers. Masih ingat kat pemilik blog ungu ni? Hmm harap anda semua masih ingatlah kat saya eh? *Tutup muka*

Maaflah, kebelakangan ni Aisyah busy sikit. Maklumlah mangsa SPM 2014 -.- So blog ungu ni memang dah tak berjaga sebab pemiliknya sibuk je memanjang. Haha *Kenyit mata* Terlintas dalam otak nak buat post terbaru lepas member Aisyah sibuk nak buat blog. Siapa member Aisyah tuh? Eh biarlah rahsia. Haha.

Act, tangan je menaip laju padahal otak taktahu ke mana. Haha. Aisyah rindu dengan Mr. R. Hmm *Muka sedih* Dia kata dia nak turun Johor cuti ni, tapi entahlah macam tak jadi je. Senyap je. Hmm. Mr. R, kite rindu awak ni. Janganlah duduk kat Perak tuh lama-lama. Orang Johor risau awak cari lain. Haha *Geleng kepala*

Bloggers, mimpi indah k malam ni? Aisyah terpaksa habiskan 'karangan' Aisyah kat sini. Sesungguhnya, Aisyah penat nak kerah otak untuk buat post kali ini. Okaylah, I have to go. Night. Assalammualaikum guys.

XOXO. Khas untuk MRAR di Perak sana. Kbye. *Flying kiss*


Thursday 23 May 2013

Best Friends For Ever :')



Hai assalammualaikum w.b.t bloggers :-) Rindu kat Aisyah tak? Hoho, Aisyah rindu korang semua :-* Bloggers sihat? Eh kenapa tak sihat? Makan ubat ye? Aisyah alhamdulillah sihat malah bertambah sihat nih ^_^ Haha. Hmm mood harini baik sebab Aisyah nak story pasal best friends forever Aisyah :-D Bloggers ramai BFF tak? Hoho.

Hmm sebelum nih Aisyah memang ada bff, tapi kali nih lain macam sikit :-D Hehe, cuak tak? Mesti bloggers pelik apa yang Aisyah maksudkan dengan perkataan 'lain macam sikit' tuh ;-) Sebenarnya, bff kali nih ada aura tersendiri, maksudnya kami sekepala tapi tak sebadan sebab ada yang besar and ada yang kecil, haha. Aisyah sayang dorang semua sebab doranglah penyeri hidup Aisyah selain daripada family Aisyah :-')

BFF..... Lumrahlah kalau ada pertelingkahan yang berlaku semasa berkawan. Aisyah pun alami benda yang sama tau. Kadang-kadang tuh hanya disebabkan satu salah faham yang kecil, semuanya jadik masalah besar :-) Adatlah kan? :-O Yang penting, kite kena ada kata sepakat dalam menyelesaikan masalah tuh. Takmolah ada yang tuding jari, then cakap "Dia yang salah" "Dia yang mula dulu". Oh no, bukan itu cara penyelesaian yang terbaik okay? Tambah 'panas' adalah -.- Haha.

Hmm, nampak tak quotes pasal BFF kat atas tuh? Hmm, Aisyah minat ayat tuh (Y) Sebab apa yang tertulis tuh memang betul :-). Strangers | Friends | Best Friends |, 3 perkataan yang berbeza dan membawa maksud yang berbeza. Strangers? Hmm, orang yang tak dikenali sememangnya tak mengenali kite. Eh dah namanya pun 'strangers', takkanlah dia kenal kite, kite kenal dia pulakkan? Haha. Okay not funny, *Tutup muka*. Then, Friends? Hmm friends bermaksud orang yang berkawan dengan kite tetapi taklah terlampau rapat. Halah kiranya kawan gitu-gitu je. Bukan Gitu-Gitu Apek tau? Haha. Contoh, A berkawan dengan B kerana B merupakan teman sekelasnya. Faham? Hmm, buat-buat faham jelah eh? Ngeh ngeh xD. Lastly, Best Friends. Hmm, best friends ni kiranya kawan yang rapat dengan kite tak kira dimana kite berada, bukan setakat kat sekolah je. Itulah best friends. Best friends, yang layan kite, yang bergurau senda dengan kite, yang menolong kite dalam semua perkara dan yang selalu faham dan mendengar apa yang kite lalui dan luahkan. Sweet kan?

BFF kite ni ha,
i. AIN NAJIAH BINTI HASHIM 

ii. ROHAN A/L KULANTHAIVELU
iii. SITI SALMAH BINTI MUBIN
iv. NUR FARHANAH NABILAH BINTI SAPRI
      

      Kami    A.R.A.S.F

Hmm, Aisyah sayang semua nama yang ada kat atas ni ha :-'* Doranglah yang selalu cari pasal, dorang yang selalu tolong Aisyah, dorang yang selalu dengar pendapat dan masalah Aisyah dan dorang yang selalu bagi nasihat dan fahami Aisyah :-') Hmm, sesungguhnya indahkan dunia persahabatan ni? So korang kena jaga relationship korang dengan member korang. Tak kira rapat, jauh, dekat. Aisyah sayang dorang ni tak bermaksud Aisyah lupa dengan kawan-kawan Aisyah yang lain, dorang pun banyak berjasa kat Aisyah. Cuma dengan ARASF ni, Aisyah sayang banyak. Hmm, nantilah Aisyah tunjuk gambar dorang eh? And nantilah Aisyah story macam mana kami boleh rapat? Bila? Dimana? Suka buat apa? and many more. Tapi Aisyah nak share dengan korang mengenai Quotes About Friendship yang Aisyah minat. Ha tengoklah kat bawah tuh. Eh kalau nak copy and paste, make sure mention dulu eh? Tak elok tau kalau main copy je, hehe.







                                                                    




                                                   


                                                                   





                                                            




                                                 





                                                    




                                                           












Tuesday 26 February 2013

It is about Aswani Solehah :'(

Hohoi semua *Muka gangster* Assalammualaikum *Kenyit mata*

          Ha hari ni saya ada benda nak share dengan bloggers semua. Sebelum tuh saya nak tanya pasal mood korang hari ni sebab story kali ni ada sangkut pasal mood tau ? Hmm *Tunduk* Ok saya nak share pasal benda yang buat hati saya sedih hari ni :'( Korang semua ada kawan tak ? Eh mestilah ada kan ? Ok post kali ni pasal seorang K.A.W.A.N :')

          *Tunduk lap air mata* Hmm pernah rasa kehilangan seorang kawan ? Maksud saya kehilangan seorang kawan yang telah pulang ke rahmatullah . Hmm , saya pernah alami semua tu *Senyum hambar* Nak dengar story tak ? Hmm bismilahirahmanirahim |||:

           Dulu masa saya darjah 4 , saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Lahad Datu II , Lahad Datu , Sabah . Biasalah kan masa sekolah rendah dulu mestilah ramai kawan :') Saya ada seorang kawan yang memang handal main 'getah' . Saya belajar main benda tuh daripada kawan sayalah , nama dia Aswani Solehah . Arwah ni baik sangat , kalau bercakap pun lembut je tak pernah marah-marah . Tapi saya tak rapat dengan arwah sangat . And then , masa cuti sekolah kitaorang lost contact . Tapi disebabkan rumah arwah dengan rumah saya dekat , actually satu lorong ,  kitaorang adalah jumpa . Ok one day tuh , saya main calling-calling dengan kawan saya , tanya khabar , kat mana and so what ever ah . Then , member saya tiba-tiba cakap macam ni, "Aisyah , kau tau kah ? Itu si Aswani , lemas kat laut ." Time tuh saya memang terkejut gila , sampai terkedu . Then memang dah kecoh pasal arwah ni . Hmm saya cuma terkilan sebab saya yang duduk dekat dengan rumah arwah pun taktau berita tuh :'( Macam mimpi je saya kehilangan kawan yang sebaik arwah :'( Then one day tuh , ibu arwah ada pergi sekolah kami , dia ada bagi setiap seorang tuh satu kertas A4 yang dilipat dua dan sehelai tuala mandi . Bila kiteorang bukak kertas tuh , ada bait-bait lagu , Dealova . Kat sebelah lagu tuh pulak ada gambar arwah Aswani sedang tersenyum :') Ya Allah , gambar itulah yang saya and member-member saya pilih masa kiteorang pergi menziarah keluarga arwah . Ya Allah , Engkau tempatkanlah rakanku , Aswani Solehah di kalangan orang-orang yang beriman , amin . . ..
           Kalau bloggers semua nak tau , hampir sebulan saya fobia dengar lagu Dealova tuh . Bila lagu tuh keluar kat radio je , mesti terkenangkan arwah . Mengalir jugak air mata masa tuh *Lap air mata* Hmm , ketentuan Allah tiada siapa boleh jangka . Masa saya taip ni pun , air mata keluar :'(
           Hmm bloggers , itu jelah yang saya nak sampaikan . Nanti kang makin banyak air mata yang keluar :') Terima kasih kerana sudi mendengar luahan hati saya tadi , doakan yang terbaik ok ? Assalammualaikum readers ;)

Tuesday 25 December 2012

We Are Buddyz :')

Hai assalammualaikum bloggers *Lambai tangan* 

       Ha kali ni post aku pasal P.E.R.S.A.H.A.B.A.T.A.N :') Ok bila masuk part ni , jiwa yang 'rockers' macam aku ni terus jadi halus dan lembut :') Air mata pun laju je merembes keluar *Lap air mata* Hmm , korang kat sekolah mesti ada kawan kan ? Eh takde kawan ? Biar betul ? The solution is carilah kawan ;) Sebab kawan nilah yang banyak membantu kita kat sekolah , tak kiralah apapun yang melanda diri kita . Kenapa kawan penting dalam kehidupan kita ? Jawapannya ialah kita memang memerlukannya :) Ok cuba korang bayangkan kalau korang takde kawan , mesti boring kan ? Memang pun , rasa macam terpinggir je :3 Itulah gunanya kawan (Y) One more thing , friend is our siblings :) Walaupun darah daging lain kan . Hmm actually , aku nak bagitau korang aku pun ada kawan *Muka bangga* Ha meh sini aku kenalkan kat korang eh ?

Ha , ni adik tembam aku a.k.a adik bongsu , nama dia Siti Hajar Bt. Mislan . Aku panggil dia adik Mok Aja  :* Budak ni kalau lawan cakap dengan aku , memang madah menang je -.- Tapi sekali masuk part yang lawak , memang dia balun habis-habis . Kiranya lawak jugak budak tembam ni . Aku sayang dia gila :')

Ok , yang sebelah kiri tuh aku , Siti Aisyah Bt. Muhamad Zin . Ok yang comel tuh bestfriend aku  , Nur Syahira Bt. Kamaluddin , aku panggil dia Syera . Kalau aku dengan dia berbual pasal benda sedih , kitaorang boleh menangis sama-sama . Btw , aku sayang dia sangat sangat :')

Let me introduce you my another friend . Ha dia ni  adik aku walaupun tarikh lahir kitaorang beza 3 hari je . Nama dia Siti Salmah Bt. Mubin , nickname dia Salmah . Dia tempat aku mengadu masalah and budak yang selalu 'tadah telinga' dengar aku cerita pasal mimpi aku :') Lahai sayang budak 'mata sepet' ni ketat-ketat :')

Ok yang ni pulak kawan aku masa Form 1 dulu . But till now , she is my bestfriend and my best sister  forever .  Nama dia Nur Azanriah Bt. Nordin a.k.a Azzah . Aku cakap dia kakak aku kan ? Tapi antara kitaorang , dialah yang paling manja , tak nampak pun perangai macam kakak . Serious cakap :D Btw , sayang budak pendek ni :')

Ha korang ! Ni adik aku lagi sorang , adik yang memang tak habis-habis buat lawak , dialah 'Raja Lawak' dalam geng kitaorang . Opps lupa nak intro , nama dia Nurul Wahidah Bt. Ahmad Hanafiah atau nama 'manja' dia , Ida . Ok dia adik yang superb wa cakap lu olang (Y) Btw , sayang budak hot ni sangat-sangat :')

Haha , sangkut pulak gambar budak ni -.- Ok aku intro jugaklah , nama dia Muhd Shazif Iman B. Gentor @ Sharif , aku panggil Iman.  Kenapa dia ter'list' dalam senarai kawan aku ? Ha sebab dia member yang paling sporting , gila-gila , gempak and kecoh (Y) Act , dia ni ada bau-bau bacang dengan aku , what is bau-bau bacang ? Alah macam ada hubungan persaudaraanlah kiranya . Ok , aku sayang jugak mamat ni :')





Sunday 23 December 2012

I Will Go to Mekah for Umrah :')

Assalammualaikum bloggers :)
Hangpa semua sihat ka ? Cek sihat ja , alhamdulillah :')
Hmm post kali ni berkaitan diri aku sendiri , pasal apa ? Ha ni yang nak habaq kat hangpa semua .

Act , sejak beberapa bulan ni , aku sibuk belajar mengenai Umrah :') Err kiranya menghadiri kelas belajar Umrahlah gitu ._. Hmm , korang pelik kan kenapa aku dok sibuk belajar pasal ni ? Hmm , sebenarnya aku akan mengerjakan Umrah tak lama lagi :') Ini semua merupakan persiapan awal agar tak kekok nanti . Alhamdulillah , semuanya berjalan dengan baik buat masa ni . Ok aku pergi Mekah ni bukan seorang diri sebenarnya , aku pergi bersama dengan Atok (perempuan) dan dua orang cousin aku , Abang Fahim dan Asyraf :') . Ha kenapa aku tak mention keluarga aku ? Act , atok aku bawak seorang cucu daripada setiap seorang anak-anaknya . Faham tak ? Err mehlah aku terangkan . Maksudnya macam ni , anak atok aku ada 3 orang , cucunya pulak hanya 7 orang *7 orang ni kecohnya macam 20 orang tau !* Ha firstly , anak atok aku yang sulung a.k.a Maklong aku , ada 3 orang anak iaitu Afiqah Afifah , Muhd Azizi dan Muhd Amal Fahim , ha yang Muhd Amal Fahim nilah atok aku bawak . Ok itu dah sorang . Secondly , anak kedua atok aku a.k.a Mak aku pulak ada 3 orang anak jugak iaitu Muhd Haziq , Siti Aisyah (me) dan Siti Atikah , ha yang Siti Aisyah tuhlah yang atok aku 'sauk' . Ok itu dah dua orang . Lastly , anak bongsu atok aku a.k.a Maksu aku pulak hanya ada seorang anak je iaitu Muhd Asyraf tuhlah , ha dah tinggal dia sorang memang atok aku angkut dialah . Ha kan cukup tuh 3 orang cucu . Act , atok aku nak bawak cucu sulungnya a.k.a Afiqah Afifah tuh ikut , tapi memandangkan kerja sebagai seorang engineer memang tak boleh nak cuti lama . Dah tak dapat yang cucu selung , atok aku nak bawak abang aku pulak . Tapi memandangkan pergi ke sana dalam bulan 2 gitu , abang aku memang tak boleh ikut sebab dalam bulan tuh dia sibuk buat persiapan untuk berangkat ke Jepun untuk sambung belajar kat sana . So , akulah yang dibawaknya :')

Ok cukuplah tuh , tangan aku dah penat nak tekan keyboard ni lagi , lagipun otak aku dah tepu taktau nak karang apa lagi . Hehe xD
Btw , terima kasih sebab sudi baca apa yang aku tulis ni walaupun hanya sekali imbas xD Appreciate it bebe ! Haha xD
Ha korang doakan aku eh supaya aku boleh mengerjakan Umrah dengan sebaik mungkin ;')
Thanks ya ? Muah sikit :* Haha , gatalkan aku ? Just joking ah .
Ok sekian , assalammualaikum .

Wednesday 7 November 2012

Apakah Warna Kegemaran Awak ?

Assalammualaikum readers :)
Meh sini cepat ! Ada hot story ni ! Cepatlah ! Ha , duduk betul-betul kat depan laptop tuh ;)
Bismillahirrahmannirahim :)

Hmm , pernah terfikir tak apa yang korang nak dalam hidup ni ? O.o
Hmm , kalau aku , memang banyak benda aku nak dalam hidup ni , tapi yang aku betul-betul nak capai adalah mengumpul barang-barang or whatever yang berwarna PURPLE ! Wuhuu ~ Oh yeay , oh yeay !
Korang tau tak kenapa ? Sebab aku terlampau OBSES dekat warna yang satu ni :)
Aku pernah terbaca , warna PURPLE merupakan lambang kesetiaan dalam percintaan , hmm , sejauh mana kesahihannya , not sure ah :)
Tapi , kalau lambang K.E.S.E.T.I.A.A.N , aku ni memang setia budaknya :P Kenapa aku cakap macam tuh ? Sebab aku setia pada keluarga , aku setia pada kawan-kawan , aku setia pada teettttt ! Ha , kalau aku cakap setia pada teettttt , mesti korang terfikir aku ni dah couple kan ? Haha , aku tak couple ah , aku single mingle ni xD Kenapa nak ushar ke ? Eh ! Cop cop ! Tak boleh :P Haha xD
Ha , sambung balik cerita pasal warna kegemaran aku , aku mula minat warna ni tahun nilah xD Weird kan ?
Act , sebelum ni aku taktau aku minat warna apa :D Hehe , tapi tahun ni aku boleh terminat dekat warna PURPLE ni pulak , sebab bagi aku warna ni lembut , sesuai sangatlah tuh dengan perangai aku yang boleh tahan ganas ni :3 Well , hidup kadang-kadang mesti ada pro & kontra kan ? Haha xD Kalau you all nak tau , sekarang ni aku tengah kumpul barang yang berwarna PURPLE ! Hahahaha xD So , kalau terasa nak bagi hadiah harijadi aku , make sure yang berwarna PURPLE eh ? Wakaka xD *Perasan kejap -.-* Even , bilik aku pun warna PURPLE tau ! Korang ada ? Haha , mestilah ada kan ? Tapi warna je lain :D Hehe . Contoh terdekat aku suka warna ni , korang tengok sendiri ah blog aku warna apa kan ? Haha xD Gadis PURPLE :D Wuhuu ~ Oh yeay , oh yeay !

Btw guys , Apa Warna Kegemaran Awak ? O.o
Share ah dengan saya :)
http://www.facebook.com/profile.php?id=100001995578830 :D
Post dekat wall saya ye ? Kita kongsi warna kegemaran anda :)

Thank you sebab sudi membaca 'omongan' saya ;)
Assalammualaikum bloggers :)
Have a nice day guys ;)

Monday 5 November 2012

29 , 30 & 31 Oktober 2012

Assalammualaikum readers :)
Dah lama tak update kat blog ni kan ? :3
Berhabuk dah ni :3 *Lap screen*

Btw , big title kali ni awesome sangat !
Tak sabar nak story kat you all :)

29-31 Oktober 2012 , baru je kan tarikh ni ? >.<
Act , tarikh ni merupakan hari yang sangat hebat bagi aku ! Wuhuu ~
Kenapa ? Sebab tarikh ni merupakan hari 'jalan-jalan' untuk aku dan kawan-kawan ;D
Kitaorang 'jalan-jalan' kat Kampar , Perak :D Act , ni anjuran WWF :)
SMKTKJ merupakan sekolah lestari WWF daripada 4 buah sekolah seluruh Malaysia .
Masa kat sana , sekolah aku 'digandingkan' dengan SMKDJ (SMK Damansara Jaya) a.k.a budak-budak DJ :) .

Guest what ? Masa kat sana kitaorang dapat tengok orang mendulang bijih timah depan mata ! Ya Allah , hanya Allah yang tau betapa excited nya kitaorang :') *Jakun kejap weh !* xD Lepastuh kitaorang melawat ke kapal korek bijih timah yang sangat-sangat besar ! *Tarik nafas kejap , lepas* Lagi sekali aku jakun kat sini ^_^ We walked around the ship , take many picture *Well of course ah gambar kitaorang yang penuh kan ?* Haha :D . Then , kitaorang gerak pergi Muzium Bijih Timah :) Eh , betul ke namanya ? Hmm , entahlah , aku tak tengok namanya sangat sebab terlampau excited nak masuk >.<" Ha , kat dalam muzium ni kita boleh tengok sendiri keadaan orang zaman dahulu bersusah payah untuk dapatkan bijih timah :( Rekaan dalaman muzium ni pun boleh tahan lawa :) Eh , korang mesti tertanya-tanya kan kitaorang ada ambil gambar tak ? Haha , itu sudah menjadi kewajipan kami :D Alang-alang dah sampai situ , takkan nak tengok je kan ? Of course ah kan ada sikit-sikit ambil gambar :P Act , banyak sebenarnya >.<" Hehehe . Ha , lepas dah tengok muzium tuh , masa untuk balik . Tapi , of course ah ambil gambar lagi kat depan muzium tuh ramai-ramai :D Kali ni untuk budak SMKTKJ je okay ? Wakaka xD Then , kitaorang balik tapi singgah dekat stesen minyak :D *Mesti korang cakap , 'Halah , singgah stesen minyak pun kecoh -.-' kan ?* But that's the reality guys :) Korang tau kitaorang buat apa ? Of course ah beli 'bekalan perut' untuk 'dihidangkan' kepada perut pada malam hari :D Lepastuh check in kat Rumah Rehat Kampar . Malam tuh aktiviti berkumpulan :)

The second day in the morning , we all pergi Gua Tempurung *Subhanallah ! Allahhuakbar ! Satu khazanah yang sangat mendamaikan hati :')* Suasana pagi yang cukup nyaman , memang angin kat situ , umphhh (Y) ! The best ! Masa kat situ kitaorang menerokai gua tuh , memang sangat-sangat menakjubkan ! Sempurna sungguh ciptaan Allah ! Habis basah lencun kitaorang mandi air sungai yang mengalir jernih kat dalam gua tuh ! Sangat menyegarkan ! Sampai matilah torchlight aku -.- In the afternoon pulak , kitaorang gerak ke Perkampungan Orang Asli Kampung Ulu Geroh :) Abang bas hantar kitaorang sampai pekannya je , sebab kitaorang masuk ke perkampungan tuh naik lori ! Wuhuu ! *Jakun woii !* Naik lori , of course ah kecoh kan bagi orang macam kitaorang ni . *Orang kat situ semua pandang kitaorang :3 Asal ada orang pandang je , kitaorang pun apa lagi , bye bye pakcik , bye bye makcik !* Haha , nampak tak kekecohan kitaorang ? :D Well , ada kitaorang kisah ? Wuhuu ~ Oh yeay , oh yeay ! Tapi nak cakap ni , perjalanan yang mengambil masa dalam 1 jam tuh , so so awesome guys ! Seriously :) . Back to the topic , lepastuh sampai kat kampung tuh kitaorang buat aktiviti dengan komuniti masyarakat Semai :) Aktivitinya ialah , treasure hunt ! Haha , ambil kau ! Jelajahlah satu kampung tuh cari pokok seperti yang diminta -.- Memang penat , tapi ! Good ! *Hilang jugak lemak aku bila lari-lari cari pokok tuh xD !* Aku ingat lagi muka risau kumpulan aku , muka si Fuddin (DJ) , Athiqah (DJ) , Akmal (TKJ) . But , aku , Wani and Azam relax je :D Haha . Lepastuh balik . As usual , malamnya aktiviti berkumpulan :) .

Last day iaitu 31 Oktober 2012 (Rabu) , kita orang melawat pula tapak pelupusan sampah pagi tuh :) Rupa-rupanya , tempat tuh belakang Gua Tempurung je -.- Oh baru tau :) Lepastuh , bergambar kenang-kenangan kat situ dengan semua budak DJ :D Wuhuu ~ Oh yeay ! Balik ke rumah rehat , ada taklimat tentang kualiti air . Bla bla bla bla . . . Okay , aku faham dah pasal air kat negara kita ni , dari mana sumbernya , macam mana nak tau air tuh bersih ke tak , haiwan apa yang ada kalau sungai tuh bersih :D Awesome guys ! Lepastuh , packing stuffs , makan tengahari and balik . Ha , part balik ni lagi kecoh ! Snap picture kat depan rumah rehat tuh , lepastuh well 'kata-kata' selamat tinggal dilontarkan :D "Bye DJ !" , "See you bila-bila xD" Riuh gilalah :) Sedangkan aku ni excited nak naik bas , nak tidur katakan ! ZZzzz -_-

Well guys , this is it ! The Story of Us :) Gembiranya KAMI , terujanya KAMI , sedihnya KAMI , semua KAMI rasai bersama :') Nice to meet you all DJ ;) Hope kita akan jumpa lagi :) To all my friends from SMKTKJ , well done guys ! Kita dah buat yang terbaik , kita dah tunjuk yang kita budak baik :) Sampai kita dapat 'duit raya' dari abang bas sebab perangai kita baik dalam bas :) Haha , sweet memories :D

Bloggers , sampai sini jelah cerita aku ye ?
Thank you very much because sit in front your laptop and reads my 'bebelan' ;)
Amat dihargai sayang ;)
Well , thanks again and have a nice day ;)
Assalammualaikum :)

Btw , cuci-cuci matalah tengok gambar ni ye ? Aku ambil dari Fb , nak yang lain ?
http://www.facebook.com/profile.php?id=100001995578830 Ha , amek kau ! Link Fb saya tuh ;) Jangan try ushar saya ye ? :) Haha . Enjoy !


Dari kiri : Aku , Syahira , Yana , Farhin & Hanis :)
Tempat : Muzium Bijih Timah :)
Says : Nampak tak muka kami kalau depan camera ? Senyum tak lekang daripada bibir :D

Dari kiri : Aku , Meera , Ainul , Syahira , Hanis & Wani :)
Tempat : Kat luar Muzium :)
Says : Kami kecoh :) Jumpa camera , mesti nak menyelit tak kisahlah muat ke tak kan ? :D

Dari kiri : Aku , Syahira , Wani , Farhin , Hanis , Meera & Ainul (bawah) :)
Tempat : Luar Gua Tempurung :)
Says : Semua muka yang pantang jumpa camera :D

Pelajar SMK Taman Kota Jaya & SMK Damansara Jaya :)
Tempat : Kapal Korek Bijih Timah :)

Dari kiri : Aku & Wani :)
Tempat : Sebahagian kawasan Perkampungan Orang Asli Ulu Geroh :)
Says : The view is awesome right ? Kami memang suka bergambar ;)

Pelajar SMK Taman Kota Jaya & 2 orang pelajar SMK Damansara Jaya (Yang pakai baju warna biru , Fuddin & Ku )
Tempat : Depan Rumah Rehat Kampar , Perak :)
Says : Menyibuk je budak 2 orang tuh -.- Btw , dorang baik and suka buat orang ketawa :)

Pelajar SMK Taman Kota Jaya & SMK Damansara Jaya :)
Tempat : Luar Tapak Pelupusan :)
Says : Muka kepanasan memang macam ni ^_^ Happy time ni <3