Tuesday, 25 December 2012

We Are Buddyz :')

Hai assalammualaikum bloggers *Lambai tangan* 

       Ha kali ni post aku pasal P.E.R.S.A.H.A.B.A.T.A.N :') Ok bila masuk part ni , jiwa yang 'rockers' macam aku ni terus jadi halus dan lembut :') Air mata pun laju je merembes keluar *Lap air mata* Hmm , korang kat sekolah mesti ada kawan kan ? Eh takde kawan ? Biar betul ? The solution is carilah kawan ;) Sebab kawan nilah yang banyak membantu kita kat sekolah , tak kiralah apapun yang melanda diri kita . Kenapa kawan penting dalam kehidupan kita ? Jawapannya ialah kita memang memerlukannya :) Ok cuba korang bayangkan kalau korang takde kawan , mesti boring kan ? Memang pun , rasa macam terpinggir je :3 Itulah gunanya kawan (Y) One more thing , friend is our siblings :) Walaupun darah daging lain kan . Hmm actually , aku nak bagitau korang aku pun ada kawan *Muka bangga* Ha meh sini aku kenalkan kat korang eh ?

Ha , ni adik tembam aku a.k.a adik bongsu , nama dia Siti Hajar Bt. Mislan . Aku panggil dia adik Mok Aja  :* Budak ni kalau lawan cakap dengan aku , memang madah menang je -.- Tapi sekali masuk part yang lawak , memang dia balun habis-habis . Kiranya lawak jugak budak tembam ni . Aku sayang dia gila :')

Ok , yang sebelah kiri tuh aku , Siti Aisyah Bt. Muhamad Zin . Ok yang comel tuh bestfriend aku  , Nur Syahira Bt. Kamaluddin , aku panggil dia Syera . Kalau aku dengan dia berbual pasal benda sedih , kitaorang boleh menangis sama-sama . Btw , aku sayang dia sangat sangat :')

Let me introduce you my another friend . Ha dia ni  adik aku walaupun tarikh lahir kitaorang beza 3 hari je . Nama dia Siti Salmah Bt. Mubin , nickname dia Salmah . Dia tempat aku mengadu masalah and budak yang selalu 'tadah telinga' dengar aku cerita pasal mimpi aku :') Lahai sayang budak 'mata sepet' ni ketat-ketat :')

Ok yang ni pulak kawan aku masa Form 1 dulu . But till now , she is my bestfriend and my best sister  forever .  Nama dia Nur Azanriah Bt. Nordin a.k.a Azzah . Aku cakap dia kakak aku kan ? Tapi antara kitaorang , dialah yang paling manja , tak nampak pun perangai macam kakak . Serious cakap :D Btw , sayang budak pendek ni :')

Ha korang ! Ni adik aku lagi sorang , adik yang memang tak habis-habis buat lawak , dialah 'Raja Lawak' dalam geng kitaorang . Opps lupa nak intro , nama dia Nurul Wahidah Bt. Ahmad Hanafiah atau nama 'manja' dia , Ida . Ok dia adik yang superb wa cakap lu olang (Y) Btw , sayang budak hot ni sangat-sangat :')

Haha , sangkut pulak gambar budak ni -.- Ok aku intro jugaklah , nama dia Muhd Shazif Iman B. Gentor @ Sharif , aku panggil Iman.  Kenapa dia ter'list' dalam senarai kawan aku ? Ha sebab dia member yang paling sporting , gila-gila , gempak and kecoh (Y) Act , dia ni ada bau-bau bacang dengan aku , what is bau-bau bacang ? Alah macam ada hubungan persaudaraanlah kiranya . Ok , aku sayang jugak mamat ni :')





Sunday, 23 December 2012

I Will Go to Mekah for Umrah :')

Assalammualaikum bloggers :)
Hangpa semua sihat ka ? Cek sihat ja , alhamdulillah :')
Hmm post kali ni berkaitan diri aku sendiri , pasal apa ? Ha ni yang nak habaq kat hangpa semua .

Act , sejak beberapa bulan ni , aku sibuk belajar mengenai Umrah :') Err kiranya menghadiri kelas belajar Umrahlah gitu ._. Hmm , korang pelik kan kenapa aku dok sibuk belajar pasal ni ? Hmm , sebenarnya aku akan mengerjakan Umrah tak lama lagi :') Ini semua merupakan persiapan awal agar tak kekok nanti . Alhamdulillah , semuanya berjalan dengan baik buat masa ni . Ok aku pergi Mekah ni bukan seorang diri sebenarnya , aku pergi bersama dengan Atok (perempuan) dan dua orang cousin aku , Abang Fahim dan Asyraf :') . Ha kenapa aku tak mention keluarga aku ? Act , atok aku bawak seorang cucu daripada setiap seorang anak-anaknya . Faham tak ? Err mehlah aku terangkan . Maksudnya macam ni , anak atok aku ada 3 orang , cucunya pulak hanya 7 orang *7 orang ni kecohnya macam 20 orang tau !* Ha firstly , anak atok aku yang sulung a.k.a Maklong aku , ada 3 orang anak iaitu Afiqah Afifah , Muhd Azizi dan Muhd Amal Fahim , ha yang Muhd Amal Fahim nilah atok aku bawak . Ok itu dah sorang . Secondly , anak kedua atok aku a.k.a Mak aku pulak ada 3 orang anak jugak iaitu Muhd Haziq , Siti Aisyah (me) dan Siti Atikah , ha yang Siti Aisyah tuhlah yang atok aku 'sauk' . Ok itu dah dua orang . Lastly , anak bongsu atok aku a.k.a Maksu aku pulak hanya ada seorang anak je iaitu Muhd Asyraf tuhlah , ha dah tinggal dia sorang memang atok aku angkut dialah . Ha kan cukup tuh 3 orang cucu . Act , atok aku nak bawak cucu sulungnya a.k.a Afiqah Afifah tuh ikut , tapi memandangkan kerja sebagai seorang engineer memang tak boleh nak cuti lama . Dah tak dapat yang cucu selung , atok aku nak bawak abang aku pulak . Tapi memandangkan pergi ke sana dalam bulan 2 gitu , abang aku memang tak boleh ikut sebab dalam bulan tuh dia sibuk buat persiapan untuk berangkat ke Jepun untuk sambung belajar kat sana . So , akulah yang dibawaknya :')

Ok cukuplah tuh , tangan aku dah penat nak tekan keyboard ni lagi , lagipun otak aku dah tepu taktau nak karang apa lagi . Hehe xD
Btw , terima kasih sebab sudi baca apa yang aku tulis ni walaupun hanya sekali imbas xD Appreciate it bebe ! Haha xD
Ha korang doakan aku eh supaya aku boleh mengerjakan Umrah dengan sebaik mungkin ;')
Thanks ya ? Muah sikit :* Haha , gatalkan aku ? Just joking ah .
Ok sekian , assalammualaikum .