Wednesday, 7 November 2012

Apakah Warna Kegemaran Awak ?

Assalammualaikum readers :)
Meh sini cepat ! Ada hot story ni ! Cepatlah ! Ha , duduk betul-betul kat depan laptop tuh ;)
Bismillahirrahmannirahim :)

Hmm , pernah terfikir tak apa yang korang nak dalam hidup ni ? O.o
Hmm , kalau aku , memang banyak benda aku nak dalam hidup ni , tapi yang aku betul-betul nak capai adalah mengumpul barang-barang or whatever yang berwarna PURPLE ! Wuhuu ~ Oh yeay , oh yeay !
Korang tau tak kenapa ? Sebab aku terlampau OBSES dekat warna yang satu ni :)
Aku pernah terbaca , warna PURPLE merupakan lambang kesetiaan dalam percintaan , hmm , sejauh mana kesahihannya , not sure ah :)
Tapi , kalau lambang K.E.S.E.T.I.A.A.N , aku ni memang setia budaknya :P Kenapa aku cakap macam tuh ? Sebab aku setia pada keluarga , aku setia pada kawan-kawan , aku setia pada teettttt ! Ha , kalau aku cakap setia pada teettttt , mesti korang terfikir aku ni dah couple kan ? Haha , aku tak couple ah , aku single mingle ni xD Kenapa nak ushar ke ? Eh ! Cop cop ! Tak boleh :P Haha xD
Ha , sambung balik cerita pasal warna kegemaran aku , aku mula minat warna ni tahun nilah xD Weird kan ?
Act , sebelum ni aku taktau aku minat warna apa :D Hehe , tapi tahun ni aku boleh terminat dekat warna PURPLE ni pulak , sebab bagi aku warna ni lembut , sesuai sangatlah tuh dengan perangai aku yang boleh tahan ganas ni :3 Well , hidup kadang-kadang mesti ada pro & kontra kan ? Haha xD Kalau you all nak tau , sekarang ni aku tengah kumpul barang yang berwarna PURPLE ! Hahahaha xD So , kalau terasa nak bagi hadiah harijadi aku , make sure yang berwarna PURPLE eh ? Wakaka xD *Perasan kejap -.-* Even , bilik aku pun warna PURPLE tau ! Korang ada ? Haha , mestilah ada kan ? Tapi warna je lain :D Hehe . Contoh terdekat aku suka warna ni , korang tengok sendiri ah blog aku warna apa kan ? Haha xD Gadis PURPLE :D Wuhuu ~ Oh yeay , oh yeay !

Btw guys , Apa Warna Kegemaran Awak ? O.o
Share ah dengan saya :)
http://www.facebook.com/profile.php?id=100001995578830 :D
Post dekat wall saya ye ? Kita kongsi warna kegemaran anda :)

Thank you sebab sudi membaca 'omongan' saya ;)
Assalammualaikum bloggers :)
Have a nice day guys ;)

Monday, 5 November 2012

29 , 30 & 31 Oktober 2012

Assalammualaikum readers :)
Dah lama tak update kat blog ni kan ? :3
Berhabuk dah ni :3 *Lap screen*

Btw , big title kali ni awesome sangat !
Tak sabar nak story kat you all :)

29-31 Oktober 2012 , baru je kan tarikh ni ? >.<
Act , tarikh ni merupakan hari yang sangat hebat bagi aku ! Wuhuu ~
Kenapa ? Sebab tarikh ni merupakan hari 'jalan-jalan' untuk aku dan kawan-kawan ;D
Kitaorang 'jalan-jalan' kat Kampar , Perak :D Act , ni anjuran WWF :)
SMKTKJ merupakan sekolah lestari WWF daripada 4 buah sekolah seluruh Malaysia .
Masa kat sana , sekolah aku 'digandingkan' dengan SMKDJ (SMK Damansara Jaya) a.k.a budak-budak DJ :) .

Guest what ? Masa kat sana kitaorang dapat tengok orang mendulang bijih timah depan mata ! Ya Allah , hanya Allah yang tau betapa excited nya kitaorang :') *Jakun kejap weh !* xD Lepastuh kitaorang melawat ke kapal korek bijih timah yang sangat-sangat besar ! *Tarik nafas kejap , lepas* Lagi sekali aku jakun kat sini ^_^ We walked around the ship , take many picture *Well of course ah gambar kitaorang yang penuh kan ?* Haha :D . Then , kitaorang gerak pergi Muzium Bijih Timah :) Eh , betul ke namanya ? Hmm , entahlah , aku tak tengok namanya sangat sebab terlampau excited nak masuk >.<" Ha , kat dalam muzium ni kita boleh tengok sendiri keadaan orang zaman dahulu bersusah payah untuk dapatkan bijih timah :( Rekaan dalaman muzium ni pun boleh tahan lawa :) Eh , korang mesti tertanya-tanya kan kitaorang ada ambil gambar tak ? Haha , itu sudah menjadi kewajipan kami :D Alang-alang dah sampai situ , takkan nak tengok je kan ? Of course ah kan ada sikit-sikit ambil gambar :P Act , banyak sebenarnya >.<" Hehehe . Ha , lepas dah tengok muzium tuh , masa untuk balik . Tapi , of course ah ambil gambar lagi kat depan muzium tuh ramai-ramai :D Kali ni untuk budak SMKTKJ je okay ? Wakaka xD Then , kitaorang balik tapi singgah dekat stesen minyak :D *Mesti korang cakap , 'Halah , singgah stesen minyak pun kecoh -.-' kan ?* But that's the reality guys :) Korang tau kitaorang buat apa ? Of course ah beli 'bekalan perut' untuk 'dihidangkan' kepada perut pada malam hari :D Lepastuh check in kat Rumah Rehat Kampar . Malam tuh aktiviti berkumpulan :)

The second day in the morning , we all pergi Gua Tempurung *Subhanallah ! Allahhuakbar ! Satu khazanah yang sangat mendamaikan hati :')* Suasana pagi yang cukup nyaman , memang angin kat situ , umphhh (Y) ! The best ! Masa kat situ kitaorang menerokai gua tuh , memang sangat-sangat menakjubkan ! Sempurna sungguh ciptaan Allah ! Habis basah lencun kitaorang mandi air sungai yang mengalir jernih kat dalam gua tuh ! Sangat menyegarkan ! Sampai matilah torchlight aku -.- In the afternoon pulak , kitaorang gerak ke Perkampungan Orang Asli Kampung Ulu Geroh :) Abang bas hantar kitaorang sampai pekannya je , sebab kitaorang masuk ke perkampungan tuh naik lori ! Wuhuu ! *Jakun woii !* Naik lori , of course ah kecoh kan bagi orang macam kitaorang ni . *Orang kat situ semua pandang kitaorang :3 Asal ada orang pandang je , kitaorang pun apa lagi , bye bye pakcik , bye bye makcik !* Haha , nampak tak kekecohan kitaorang ? :D Well , ada kitaorang kisah ? Wuhuu ~ Oh yeay , oh yeay ! Tapi nak cakap ni , perjalanan yang mengambil masa dalam 1 jam tuh , so so awesome guys ! Seriously :) . Back to the topic , lepastuh sampai kat kampung tuh kitaorang buat aktiviti dengan komuniti masyarakat Semai :) Aktivitinya ialah , treasure hunt ! Haha , ambil kau ! Jelajahlah satu kampung tuh cari pokok seperti yang diminta -.- Memang penat , tapi ! Good ! *Hilang jugak lemak aku bila lari-lari cari pokok tuh xD !* Aku ingat lagi muka risau kumpulan aku , muka si Fuddin (DJ) , Athiqah (DJ) , Akmal (TKJ) . But , aku , Wani and Azam relax je :D Haha . Lepastuh balik . As usual , malamnya aktiviti berkumpulan :) .

Last day iaitu 31 Oktober 2012 (Rabu) , kita orang melawat pula tapak pelupusan sampah pagi tuh :) Rupa-rupanya , tempat tuh belakang Gua Tempurung je -.- Oh baru tau :) Lepastuh , bergambar kenang-kenangan kat situ dengan semua budak DJ :D Wuhuu ~ Oh yeay ! Balik ke rumah rehat , ada taklimat tentang kualiti air . Bla bla bla bla . . . Okay , aku faham dah pasal air kat negara kita ni , dari mana sumbernya , macam mana nak tau air tuh bersih ke tak , haiwan apa yang ada kalau sungai tuh bersih :D Awesome guys ! Lepastuh , packing stuffs , makan tengahari and balik . Ha , part balik ni lagi kecoh ! Snap picture kat depan rumah rehat tuh , lepastuh well 'kata-kata' selamat tinggal dilontarkan :D "Bye DJ !" , "See you bila-bila xD" Riuh gilalah :) Sedangkan aku ni excited nak naik bas , nak tidur katakan ! ZZzzz -_-

Well guys , this is it ! The Story of Us :) Gembiranya KAMI , terujanya KAMI , sedihnya KAMI , semua KAMI rasai bersama :') Nice to meet you all DJ ;) Hope kita akan jumpa lagi :) To all my friends from SMKTKJ , well done guys ! Kita dah buat yang terbaik , kita dah tunjuk yang kita budak baik :) Sampai kita dapat 'duit raya' dari abang bas sebab perangai kita baik dalam bas :) Haha , sweet memories :D

Bloggers , sampai sini jelah cerita aku ye ?
Thank you very much because sit in front your laptop and reads my 'bebelan' ;)
Amat dihargai sayang ;)
Well , thanks again and have a nice day ;)
Assalammualaikum :)

Btw , cuci-cuci matalah tengok gambar ni ye ? Aku ambil dari Fb , nak yang lain ?
http://www.facebook.com/profile.php?id=100001995578830 Ha , amek kau ! Link Fb saya tuh ;) Jangan try ushar saya ye ? :) Haha . Enjoy !


Dari kiri : Aku , Syahira , Yana , Farhin & Hanis :)
Tempat : Muzium Bijih Timah :)
Says : Nampak tak muka kami kalau depan camera ? Senyum tak lekang daripada bibir :D

Dari kiri : Aku , Meera , Ainul , Syahira , Hanis & Wani :)
Tempat : Kat luar Muzium :)
Says : Kami kecoh :) Jumpa camera , mesti nak menyelit tak kisahlah muat ke tak kan ? :D

Dari kiri : Aku , Syahira , Wani , Farhin , Hanis , Meera & Ainul (bawah) :)
Tempat : Luar Gua Tempurung :)
Says : Semua muka yang pantang jumpa camera :D

Pelajar SMK Taman Kota Jaya & SMK Damansara Jaya :)
Tempat : Kapal Korek Bijih Timah :)

Dari kiri : Aku & Wani :)
Tempat : Sebahagian kawasan Perkampungan Orang Asli Ulu Geroh :)
Says : The view is awesome right ? Kami memang suka bergambar ;)

Pelajar SMK Taman Kota Jaya & 2 orang pelajar SMK Damansara Jaya (Yang pakai baju warna biru , Fuddin & Ku )
Tempat : Depan Rumah Rehat Kampar , Perak :)
Says : Menyibuk je budak 2 orang tuh -.- Btw , dorang baik and suka buat orang ketawa :)

Pelajar SMK Taman Kota Jaya & SMK Damansara Jaya :)
Tempat : Luar Tapak Pelupusan :)
Says : Muka kepanasan memang macam ni ^_^ Happy time ni <3